Nota bank Peso_Filipina

Nota 100-peso daripada Siri Inggeris yang diperkenalkan pada 1951. Nota bank ini digantikan dengan Siri Filipina pada 1969.

Nota bank Filipina kini dikeluarkan dalam jenis mata wang yang berikut:

  •  5 peso*
  • 10 peso*
  • 20 peso
  • 50 peso
  • 100 peso
  • 200 peso
  • 500 peso
  • 1000 peso

(* tidak dicetak tetapi masih merupakan wang sah)

Sejarah pengeluaran nota bank peso Filipina adalah seperti yang berikut:

  • 1852: Banco Español-Filipino de Isabel 2 a mengeluarkan nota untuk 10, 25 dan 50 peso fuerte.
  • 1877: Perbendaharaan Filipina mengeluarkan nota untuk 1, 4 dan 25 peso fuerte.
  • 1896: Banco Español-Filipino de Isabel 2 menambahkan nota 5 peso fuerte.
  • 1898 - 1913: Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898) dan Perang Filipina-Amerika (1899–1913), nota 1 dan 5 peso dikeluarkan atas nama República Filipina.
  • 1903 - 1918: Sijil-sijil perak dikeluarkan dalam jenis mata wang 2, 5, 10, 20, 50, 100, dan 500 peso.
  • 1904: Bank Pusat Filipina memperkenalkan nota dalam jenis mata wang 5, 10, 25, 50, 100, dan 200 peso.
  • 1912: Bank Pusat Filipina menukarkan namanya menjadi Bank of the Philippine Islands (BPI, iaitu Bank Kepulauan Filipina) dan meneruskan pengeluaran nota sehingga 1933.
  • 1916: Philippine National Bank (PNB, iaitu Bank Nasional Filipina) mengeluarkan nota dalam jenis mata wang 2, 5, dan 10 peso.
  • 1917: Nota darurat dikeluarkan dalam jenis mata wang 10, 20, dan 50 centavo, serta 1, 5, 10, dan 20 peso.
  • 1918 - 1941: Sijil-sijil perak digantikan dengan Sijil-sijil Perbendaharaan dalam jenis mata wang 1, 2, 5, 10, 20, 50, 100, dan 500 peso. Antara 1918 hingga 1937, PNB mengeluarkan nota dalam jenis mata wang 1, 2, 5, 10, 20, 50, dan 100 peso, dengan nota-nota itu diedarkan sehingga 1947.
  • 1942: Pemerintahan tentera Jepun mengeluarkan siri pertama antara dua siri wang wang dalam jenis 1, 5, 10 dan 50 centavo, serta 1, 5, dan 10 peso.
  • 1943: Pemerintahan tentera Jepun mengeluarkan siri kedua dalam jenis mata wang 1, 5, 10, 100, 500, dan 1000 peso.
  • 1944: Sijil-sijil Perbendaharaan yang menonjolkan perkataan "Victory" (Kemenangan) dicetak pada bahagian belakang nota dikeluarkan untuk menggantikan semua nota bank yang lebih awal. Jenis mata wang yang dikeluarkan ialah 1, 2, 5, 10, 20, 50, 100, dan 500 peso.
  • 1949: Central Bank of Philippines (CBP, Bank Pusat Filipina) mengambil alih pengeluaran wang kertas daripada Perbendaharaan Filipina. Nota-nota pertamanya ialah cetak tindan pada Victory Treasury Certificate (Sijil Perbendaharaan Kemenangan).
  • 1951: Bank Pusat Filipina mengeluarkan nota biasa dalam jenis mata wang 5, 10, 20, dan 50 centavo, serta 1, 2, 5, 10, 20, 50, 100, 200, dan 500 peso.
  • 1958: Nota centavo (kecuali nota 50-centavo yang kemudiannya dikenali sebagai nota setengah peso) ditamatkan apabila duit syiling Siri Inggeris ditempa buat pertama kali.
  • 1967: CBP menggunakan bahasa Filipina pada mata wangnya, serta nama Bangko Sentral ng Pilipinas.
  • 1969: CBP memperkenalkan nota "Siri Pilipino" dalam mata wang 1, 5, 10, 20, 50, dan 100 peso.
  • 1973: "Siri Ang Bagong Lipunan" diperkenalkan dan termasuk nota 2-peso.
  • 1985: Perubahan radikal berlaku apabila CBP mengeluarkan "Siri Reka Bentuk Baharu".
  • 1987: Nota 500-peso diperkenalkan.
  • 1991: Nota 1000-peso diperkenalkan buat pertama kali.
  • 2002: Nota 200-peso diperkenalkan.
  • 2017: "Siri BSP" ialah dinyahnilai
Siri BSP (juga dikenali sebagai Siri Reka Bentuk Baharu)
ImejNilaiWarna UtamaPemerihalanTahun Terbitan PertamaDinyahnilai
Bahagian depanBahagian belakangBahagian depanBahagian belakang
5 piso*HijauEmilio AguinaldoPengisytiharan Kemerdekaan Filipino19852017
10 piso*PerangApolinario MabiniGereja Barasoain1985 (versi pertama)2017
10 piso*PerangApolinario Mabini dan Andres BonifacioGereja Barasoain dan Persetiaan Berdarah Katipunan1998 (versi kedua)2017
20 pisoJinggaManuel L. QuezonIstana Malacañang19862017
50 pisoMerahSergio OsmeñaMuzium Negara Filipina (bekas Bangunan Perundangan)19872017
100 pisoUnguManuel A. RoxasBangko Sentral ng Pilipinas19872017
200 pisoHijauDiosdado P. MacapagalRevolusi 2 EDSA Filipina20022017
500 pisoKuningBenigno S. Aquino, Jr.Kesatuan Filipina19872017
1000 pisoBiruJose Abad Santos, Jen. Vicente Lim, dan Josefa Llanes EscodaBanaue Rice Terraces, Manunggul Jar, dan Langgal Hut19912017
Untuk piawai jadual, lihat jadual spesifikasi wang kertas.

(* tidak dicetak tetapi masih merupakan wang sah)

Nota bank polimer

Pada 8 Julai 2009, Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) mengumumkan bahawa ia akan memanggil balik semua nota bank yang diperbuat daripada kapas abaka tidak lama lagi dan menggantikannya dengan siri semua-polimer. Bagaimanapun, ini masih dalam peringkat perancangan, dengan tiadanya tarikh tertentu yang ditetapkan untuk pencetakan dan penggantian.[4]